Salam...
Arini nak share satu resepi karipap rangup. karipap ayam/daging memang sedap dimakan panas2.dr huby smp ke anak2 su semua suka makan..Resepi pun mudah je, xbanyak pun bahan yang nak digunakan.So meme selalu la su buat untuk kids.
Bila tengah uli doh ni teringat masa kecik2..mak selalu buat bila ada tepung lebih.tp masa tu cuma filling kentang je..xde nk merasa filling ayam/daging.hehe..
RESEPI INTI KARI AYAM/DAGING.
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2.tumis cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga hingga naik bau.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan putih tumis hingga layu.
4. Masukkan bancuhan rempah kari dan kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam/daging daa tambah 1/2 cawan air dan biarkan ia masak. Suai rasa kan dengan garam.
6. Biarkan sehingga sedikit kering.
RESEPI PASTRY/DOH KARIPAP
note :
minyak masak dipanaskan
air sejuk dicampur dengan sedikit garam
campurkan 1sudu besar tepung dan sedikit air bg membuat gam/pelekat doh karipap
1. Tuang 1/2 tepung kedalam besen.
2. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi serbuk kasar.
3. Masukkan minyak panas ke dalam bancuhan tepung td dan gaul sebati gunakan senduk (hati2 bancuhan masih panas)
4. Bila bamcuhan sedikit sejuk.gaul rata dengan tangan daa masukkan air sejuk .
5. Gaulkan semua skli dengan tambahkan sikit demi sikit baki tepung td sehingga doh tidak melekat pada tangan tepi besen bersih.
6. Ambil sedikit doh td dan bulatkan2 dlam lingkungan 3cm bulat.
7. Boleh segera roll seperti biasa.
8. Kelip tepi karipap gunakan tangan atau gunakan alatan khas membentuk karipap.
9. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga berubah warna coklat/kekuningan.
GUDLUCK!