26 Sept 2014

DIY SUE : Cara Buat Langsir Pintu Yang Comel


Harini nak share macamna nak buat pintu bilik/ pintu dapur nampak sweet + comel tanpa keluarkan kos yang tinggi..

Kalau uolss perasan,di rumah2 jiran2, atau rumah mak2 mesti setiap pintu bilik dihiaskan dengan langsir labuh kononya nk sorokkan pandangan dalam bilik. Betul tak?? Jawapannya Yess!!

So daku pun memula kawen dah terikut dah amalan2 mcm tu smp en huby mula perasan" Momy skg ni mana ada orang letak langsir kat pintu bilik, cuba tgok uma matsaleh, xde pun kan"?? Erk....mcm betul je apa yg dia ckp tu..huhu.

jadi daku pun tetapkan pendirian, jgn pasan langsir bilik!! memang nampak cm pelik je mula2 tu kan, then lama2 dh ok dah pada pandangan mata kasarku.

Nak dijadikan cerita, rasa sgtla xbest tgok pintu bilik ku kosong je...jadi idea mula la dtg dan dpatla su beli 3 pasang mini langsir yang segera ni di Daiso Japan. Sepasang RM 5.00 aja..sangtla murah kan? Sila katakan Ya..! Kihkihkih.. Rupanya macm kat bawah ni ⇩⇩⇩


Sangat suwiiittt kan?? Mr.huby pun layankn je  wife kesayangan dia ni untuk beli ni smata2..kihkihkih.Takpela, asalkan rumah tampak cantik.tak gitu? 

Lepas beli mmg xsbar2 nk gantung, so inilah kejadiannya...sgtla comel dan suwwiit...kos hanya RM 15.00 aje!!  Itu satu. Kalu 3 pasang semua RM 15.00..mmg berbaloiii..




Su letakkan di pintu dapur, barula lengkap nampak english style disitu.hehe.





Su pun letakkan di pintu bilik su.




Dan jugak pada pintu bilik tetamu.. klu perasan,sebelah tu ialah bilik air tetamu, su letak juga langsir, tp yg itu ialah langsir yg diletakkan pada bahagian dapur sebelum ni.kita tukarkan je memandangkan bilik air tu jarang sgt digunakan.

Lepas buat perubahan kecil ni..mmg nampak sgtla rumah su ni mengikut tema English Style. nanti su akan post tentang hiasan di ruang tamu pula yek.


3 comments:

  1. comel... saya suka english style tapi en hubby tak suka. serabut katanya. so buat untuk bilik anak aje la... kalau rajin, jengahlah blog saya. saya pun suka deco2.. http://www.cilikeringmerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sis..nnti zha jenguk yer. Salam kenal.

      Delete
  2. langsir daiso tu dia punya kepala tu tak sesuai untuk rail biasa tu.macamana awak buat ye?

    ReplyDelete