Salam semua...semoga sihat2 sahaja di samping orang yang tersayang. Kali ni nak cerita jenis2 hidangan di rumah khas untuk suri2 rumah sepenuh masa macam saya ni..hehhe..Alhamdulillah..lebih kurang setahun jugaklan duduk rumah dan jadi Pengurus Rumah Tangga ni..(cam tak caya je, rasa macam semalam baru berhenti kerja)
So harini nak share masakan2 yang selalunya dihidangkan untuk keluarga..Su tak tau la orang lain, pada kakak2, makcik2 dan adik2 sekalian..duduk rumah ni best ke???My Answer is
BESTT!! Sebb tak payah nk fikir tentang meeting esok, tak perlu nak fikir tentang paper work, tak payah nak berkejar dateline sana sini..semua tu memeningkan kepala je apatah lagi dulu su bekerja di bawah Pengurusan Sumber Manusia..paham2 jela..sana sulit, sini sulit..erm..rasa macam nak ambil cuti tahunan je memanjang..huhihi..okla..sekarang dah duduk rumah..kita yang uruskan masa..tapi..NO CUTI..CUTI..bekerja 24 jam..Kenapa 24jam, sebab su masih lagi menyusukan budak cinonet yang kini nak cecah usia 2 tahun. Alhamdulillah..so malam2 dah ada orang kejutkan suruh bangun..huhu..
So takmo cerita banyak, jom kita tengok antara jenis2 hidangan yang boleh dibuat untuk family.. Untuk makluman, setiap hari su akan masuk ke dapur 4x..Diulangi.....masuk dapur 4x yer..kenapa 4x..Meh su cerita..
Breakfast!!!!

Ha....setiap hari su akan bangun awal untuk sediakan jus buah untuk huby sebelum beliau pergi kerja termasukla weekend day.. Lepas tu tak tidur balik yewww, terus sediakan sarapan untuk anak2 and huby tersayang..tak kirala apa pun..janji kena buat bfast. Sebb nnti anak2 bangun, akan diberi susu dulu, kemudian barulah makan sarapan atau sebaliknya. Selalunya anak2 su akan bangun tidur dalam jam 10.00 pagi -10.30 pagi. So sebelum tu kita kemas2 rumah dulu contoh mengemop ke, menyapu ke, atau sidai baju yang dah dicuci lewat malam tadi..Buatla apa sahaja supaya anda tidak membuang masa..kihkihkih...Lepas selesai sarapan jom kita
Lunch!!
Kan....nampak kan, lepas dah bfast tu kita tetap tak boleh nak duduk diam. Nak kemas meja, cuci pinggan lepastu sambung buat mkn tengahari...phewwww....tarik nafas panjang.. Selepas selesai semua, anak2 su akan diberi tidur dalam jam 2.30 petang ~ 5.00 petang.. So minum petang kena la prepare..mgkin dah biasa ajar perut kena makan petang2, kalu miss skli, msti berbunyi aja perut ni..hehe..
Hi-Tea
Antara menu pusingan minum petang is
Kuih bom..bila mood dah tak berapa nk rajin buat jela kuih ni atau..
Kuih Apam beras..ni bila mood rajin sikit..yerla..kena memeram dulu baru boleh kukus. Ataupu yang ini
Burger!!! Bila mood western dah datang, sanggup tu..ni kira terlebih rajin....erk..harus diingatkan yang ni portion untuk anak2..portion dady gn momy dia dah tolak tepi..takyah tunjuk, kantoi lak nnti nampak bebenor kami mmg kuat makan..huwahuwahuwa.
Haaa...mee kari yang marbeles...ni kes kalu dah tersangat rajin, jadilah kejadian mee kari ini..anak2 mmg suka mee, apa lagi..mmg laku la mee kari cik piah..huhu. memandangkan anak2 suka mee, kadang2 kita ada jugak buat
Bihun sup..ni pun antara yang terlalu di pasaran..sebab apa..sebb ia adalah kategori mee..Sangat sedap kalau letak sambal cili hitam atau sewaktu dengannya. Nyummeh!!
Tapi kan kadang2 mood baking pun dan2 je sampai bila petang2 camni, so apa lagi bila mom dah mula mencari tepung, gula, dan mixer , Taraaaa!!!!!
Kek coklat moist kukus!!! perghhh..anak2 mmg beriang ria kalau minum petang disajikan dengan ni..sekejap je dah tinggal separuh.hihihi...Macam gitula pilihan menu petang yang ada..Apa yang penting, setiap hari kena tukar menu. baru ada cara.hahaha..
Oklah cecah jam 6.00 petang, mom selalunya dah siap2 masak untuk mr. Huby yang nak blik dari opis..kalau weekend pun mmg sama je rutinnya..kena masak jugak. My Mr. Arrogant tu mmg sangat tak gemar makan tapau luar..nak taknak kena gak memasak.Thenks mom coz paksa saya masuk dapur dulu masa zaman anak dara..tak sia2..hihihi
Inilah gaya makan malamnya..Meriah aja kan..macam-macam ada..hihihii. Kadang2 huby xmo makan
nasi kita buat western food jela..apa lagi...
Stik
Kambingla..aiseyy.men..macam2. Main order saja kan..nasib masterchef..huhuhu..kalau kes dah malas tahap maksimum, mr. huby beli KFC je atau pun PIZZA atau apa2 fast food. Janji boleh makan. Memamg dah terbiasa pulak..makan tengahari lain dari makan malam.. tak taula napa..tp mmg start dari kawen mmg cm gini rutinnya..kikiki..
Ok..nampak tak......banyak kali masuk dapur kan??? itu belum ada tempahan kek dari pelanggan.. kalau ada mmg 24jam kat dapur tanpa henti macam ni punya banyak..
Ni bukan 24jam...ni kira 48jam dah.. ..2 hari baru selesai..tidur dalam 3 jam..bayangkan...tidur pun kat dapur boleyyy???huhuhu..Dah jelas kan..sebb tu la. Nak ubahsuai sikit mood kat dapur ni..kasi sedap mata memandang.. Selama ni bukan takmo buat, tapi masa yang takda sebb tempahan kek tak putus2, so taknakla mengganggu operasi perniagaan kan..Chewahh!!
Okla..itu je yang nak update..maaf yer resepi tidak disertakan..In Shaa Allah..pada
entri yang akan datang akan disertakan sekali dengan resepi setiap hidangan ok.
No comments:
Post a Comment