10 Mar 2015

DIET : Bestnya "Cheatday".. lose 1kgs in 4days 😁😁



Cheatday is Cominggg!!!!
I really~ Really Loveee itt!!!


Sapa yang xsuka cheatday kan..dlm hari2 berdiet sekli skala nk merasa makan tanpa henti!! Syokknyaa!!!

Sehari sebelum cheatday ni memang dah plan nak makn lasagna home made.Sebb apa?Sebab leh makan banyak kali..muhahaha.. Seperti yang uolss tahu bg sesapa yang amalkan diet ni mesti kita pilih 1 hari dalam seminggu kita akan makan makanan  kesukaan tanpa limittt..Ingat!!! UNTUK 1 HARI SAHAJA.Bukan hari2.. kira macm kes balas dendam la kn.kikiki..

Nak cerita cheatday zha setiap hari ahad. Sebb senang nak bakar kalori balik dalam masa 5 hari. Bermaksud setiap hari jumaat adalah hari terakhir/final untuk timbang berat badan.Xlist turun 2kilo/ 1kilo/ 1/2 kg mengikut aktiviti yang kita buat selama 5 hari tu.

Diet Zha buat ni xla terlalu extrim sampai nak makan itu ini tak boleh. BOLEH!. Dengan Syarat jagan ambil lebih kalori harian kita yg diperlukan. Psst..kan Cikgu Kevin dah ajar.

Ok jom tgok apa yg zha mkn sepanjang cheatday ni..


BREAKFAST : OAT MILO (TANPA SUSU/GULA)



Pagi2 dah terbiasa minum oat dicmpur dengan milo tanpa susu/gula. Sebab kandungan milo pun dah manis..So why kita nk letak pemanis kan. Kan dh kurang kalori di situ. Lepad tu dh sibuk prepare lasagna.hehe..

LUNCH : 1 & 1/2 SET HIDANGAN LASAGNA


Perghhh!!! Sampai makan 1 1/2 Set. YES!!!! 1 hidangan lebih kurang 200 kalori Sebb portion size besar.  Okla kan.. 300 kalori je.

LUNCH :  NASI 1 CAWAN, SARDIN & AYAM GORENG


Opsss!!  Makan lagi!! Jangan pelik, dalam diet hari biasa pun zha makan nasi tapi!!! Hanya 1/2 cawan sahaja.. lebih kurang 5suapan nasi. okla kn dr xmkn nasi langsung..Nasi sumber carbo yang baik untuk tenaga. Lagi2 klu kita aktif berzumba..

HI -TEA : TIADA. SEBB DAH TERLALU KENYANG


DINNER : 1/2 LASAGNA


heheh..tak tahan dengan lasagna ni..kene perabiskan jugak.. tp separuh je sebb dh  malam..


SUPPER : PUDING TRIFFLE


Lama tak makan manis2 so bila dtg cheatday kita mknla.. perghhh..makan sejuk2 so nikmat!!!.

Memg dlam berdiet kita tak boleh terlalu obses sehingga kita menolak rzeki di depan mata.. kuikuikui....So nak cerita  ni jgn jelesss uolss..


My result after 2days of Cheatday




Suprise!!!!!! 60Kg nowww..teanjattt boboii..keajaiban selalu belaku kalu kita tau ilmu berdiet.kiki..


Berat sebelum : 61kgs (5 Mac 2015) - (klik sini)
Berat Terkini : 60Kgs (9 Mac 2015)
Tempoh : 4 hari (termsuk cheatday)
Aktiviti :  Squart 10minit, Zumba 60 min (klik sini)

How uollsss Feeling??? Best kan?? Makan2 jugak tp berat turun..

Tipss: kena pandai jaga kalori dan bakar semula kaloi tersebut..TIADA JALAN MUDAH UNTUK KURUS. KECUALI MENGAMALKAN DIET EKTRIM.



Apa diet ektrim / crash diet
By Kevin Zahri

Apa itu crash diet? Pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang …

Jadi apakah keburukannya?

Diet secara mendadak memang tidak di galakkan oleh ramai pihak, kerana:
  1. Fatigue: mengurangkan tubuh anda dari nutrisi-nutrisi penting akan menyebabkan badan anda lemah dan tidak bermaya. Tubuh anda akan mengalama hibernasi, kerana ia cuba menyimpan tenaga tetapi tidak mencukupi. Malah, anda sebenarnya membakar kurang lemak dari yang anda jangka.
  2. Kecederaan: sama seperti atlit yang kepenatan, tahap kepenatan ini akan menyebabkan tubuh anda lebih tercenderung untuk cedera; lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti fizikalori ketika diet yang yang mendadak.
  3. Diet mendadak tidak kekal: Masalah utama diet mendadak ini adalah, ia tidak dapat diamalkan untuk jangka masa yang panjang dan ia amat menyakitkan serta menyusahkan. Ramai yang bersusah payah untuk 12 minggu dan selepas itu, kembali ke cara pemakanan yang dahulu dan menambahkan kembali berat yang telah dihilangkan. Ini dinamakan diet yo-yo.
  4. Mudah sakit: Kita semua sedar, apabila tubuh kita kekurangan nutrisi-nutrisi penting, pertahanan tubuh kita akan menjadi lemah untuk melawan virus.
  5. Kehilangan otot: Anda memang akan kehilangan lemak, tetetapi, tanpa anda sedari, anda juga akan kehilangan otot.

Kesimpulannya : Jadikan diri anda aktif setiap hari. Nak kurangkan berat badan xsemestinya perlu jogging/bersenam. Buatla apa shaja asalkan keluar peluh. Lagi2 negara kita ni mmg bercuaca panas.Inilah masanya.!!!




~NO GAIN WITHOUT PAIN~
JUST WAIT & SEE!!
Bobbyeeeee!

2 comments:

  1. hai..saya follow awak sejak baca kisah diet kevin zahri..saya dah pun dapatkan ebook tu..tak sabar!~ hihi..salam kenal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dear.. yeke..?? Tq2. su update blog sbb nknjdikan sebagai rekod je.untuk rujukan masa akan dtg.hehe..dh stat diet ke?

      Delete